|
SOALAN-SOALAN LAZIM DITANYA
Adakah perniagaan ini merupakan syarikat MLM, Direct Selling, Skim
Pelaburan atau Skim-skim dalam internet?
Bukan.
Perniagaan ini adalah perniagaan jualan
secara online yang berkonsep
Beli, Jimat & Dapat DUIT
berkonsepkan
Affiliate Marketing.
Bukan pelaburan yang menjanjikan pendapatan
tetap. RebetMinyak.com menawarkan pakej produk
kepada pengguna secara terus dan memberi peluang
pendapatan yang lumayan, kepada mereka yang
berminat dan berusaha keras mempromosikan produk
RM-Saver Plus dalam program
jual-beli online ini. Jumlah pendapatan
adalah bergantung kepada usaha dan strategi anda
masing-masing.
Bagaimana sistem rebetminyak.com menjalankan
perniagaan?
Sistem ejen online (Affiliate
Marketing) adalah trend masa kini dan
akan datang.
Kaedah penjualan secara berkongsi keuntungan
adalah kaedah yang amat praktikal di zaman
sekarang. Ianya secara tidak langsung kita
sama-sama dapat berkongsi mata pencarian untuk
menampung keperluan harian kita.
Jualan secara online juga memberikan
khidmat informasi ke seluruh negara dengan
Mudah dan Cepat. Anda tidak perlu bersusah
payah ke kedai untuk membeli. Ini akan
MENJIMATkan kos minyak, parking, tol, masa
dan lain-lain. Produk yang ditempah akan sampai
terus ke alamat anda. Namun begitu,kini kami
telah buka kepada sesiapa yang berminat menjual
dan memasarkan RM-Saver Plus secara terus dengan
menjadi ejen-ejen kami yang berdaftar. Sila
hubungi
admin jika anda berminat.
Jika anda membuat carian
di Yahoo, jawapan
kepada carian 'Affiliate Program' ada sekitar
429,000,000,
klik sini.
Dimana boleh kami dapatkan
produk RM-SAVER Plus di tempat berhampiran kami?
Anda boleh mendapatkan produk ini daripada ejen-ejen kami yang
berdekatan di tempat tinggal anda yang kami
daftarkan dalam website ini. Sila klik ke menu
ejen negeri /kawasan. Atau beli secara online
dalam website
RebetMinyak.com.Sila klik
'Beli & Jimat'
untuk membuat tempahan.
Sekiranya saya berminat hendak menyertai konsep pemasaran affiliate
ini, apakah yang perlu saya lakukan?
Anda hanya perlu lakukan empat perkara iaitu :
1. Daftar
2. Buat pembayaran.
3. SMS info pembayaran.
4. Promosi URL anda.
Bagaimana saya hendak
mengaktifkan status web saya?
Lakukan pembayaran dan SMS kepada
Admin:
019-3426334
info berikut:
Untuk Semenanjung:
<REBETMINYAK><USERNAME ANDA><RM70><PAKEJ
A><BANK><TARIKH &
MASA>
Sabah/Sarawak:
<REBETMINYAK><USERNAME
ANDA><RM80><PAKEJ A><BANK><TARIKH & MASA>
Anda juga boleh mengaktifan diri anda sendiri
dengan syarat e-wallet anda mencukupi
(sekurang-kurangnya RM70.00)
Bagi
pembelian Trial Pack
SMS Nama
dan alamat lengkap(bagi tujuan penghantaran) serta
no. tel untuk di hubungi.
TrialPack <Nama Anda> <Alamat> <Bank> <Jumlah
Bayaran>
<Tarikh><Masa>
Berapa lama laman web saya akan diaktifkan?
Selepas kami menerima laporan pembayaran dari
anda, kami akan pastikan pembayaran dan aktifkan
laman web anda. Tempoh pengaktifan adalah
dalam masa kurang daripada 24 jam (bergantung
kepada hari bercuti)
Bila saya akan menerima produk
yang ditempah?
Produk anda akan kami hantar menggunakan
perkhidmatan Pos Laju. Pastikan alamat
dan no telefon anda betul dan lengkap. Beri
masa 3~4 hari bekerja untuk produk sampai
ke rumah/pejabat/kediaman anda.
Bagaimana saya hendak
mengeluarkan wang dari eWallet ke akaun bank
saya?
Pertama sekali, anda perlu mempunyai mana-mana
akaun bank utama di Malaysia, seperti Maybank,
CIMB dan sebagainya. Untuk membuat pengeluaran,
baki eWallet anda mestilah mencapai RM50.00
atau lebih. Anda hendaklah mengisi semua
maklumat pada borang withdraw dan klik 'submit'.
Semua permintaan pengeluaran wang dari e-wallet
ke akaun bank akan kami proses pada hari Isnin
dan Jumaat sahaja. Berikan masa tambahan 2
hari untuk GIRO Transfer.
Bolehkah saya mengaktifkan
pembelian kawan lain?
Boleh, asalkan baki e-wallet anda mencukupi.
Anda perlu mempunyai baki e-Wallet
sekurang-kurangnya RM70
atau RM80
(bagi S/S)untuk pengaktifan
pembelian ulangan atau rakan/downline anda.
Jika baki eWallet saya tidak mencukupi, bolehkan saya menambahnya?
Boleh, dengan lakukan pembayaran untuk jumlah
yang ingin di top up dan SMS kepada admin
019-3426334 info
berikut:
<TOPUP><RM??><USERNAME-ANDA><MBB><TARIKH & MASA>
Bagaimana saya memperolehi
produk yang dibeli?
Produk akan diposkan ke alamat anda TANPA KOS
TAMBAHAN. Beri masa 3~4 hari bekerja
untuk produk sampai kepada anda atau datang
sendiri ke Pejabat kami di Kajang.
Boleh tak saya membuka lebih
dari 1 akaun?
RebetMinyak.com tidak menghalang anda untuk
membuka lebih dari 1 akaun. Anda hanya perlu
mempunyai username yang berbeza bagi setiap
akaun. Sila rujuk pakej di bawah:
|
Jenis Pakej |
Harga |
Produk |
|
Pakej A ( 1 pakej ) |
RM 70.00
RM 80.00 (S/S) |
7 botol RM-SAVER Plus |
|
Pakej B ( 6 pakej ) |
RM 420.00
RM 430.00 (S/S) |
45 botol
RM-SAVER Plus |
|
Pakej VIP |
RM 600.00
RM 620.00 (S/S) |
60botol
RM-SAVER Plus |
Jika saya telah membuat belian
1 unit yang pertama, perlukah saya membeli
produk ulangan setiap bulan?
Tidak perlu. Jika anda ingin membeli lagi
produk kami, anda hanya perlu membuka akaun
(unit) baru (daftar dengan username berbeza),
seperti yang anda lakukan kali pertama itu.
Unit tersebut akan tersusun di bawah rangkaian
anda secara automatic/systematic. Jika setiap orang dalam
rangkaian anda berminat membeli lagi produk
kami, maka rangkaian anda pastinya akan cepat
berkembang. Bonus dan hadiah sampingan menanti
anda!
Adakah anda memberi jaminan
bahawa saya akan mendapat pendapatan tersebut
seperti yang dinyatakan?
Tidak. Ini bergantung kepada usaha dan
bagaimana anda
mempromosikan laman web ini kepada seberapa
ramai kenalan anda atau sesiapa saja. Namun anda
juga berpeluang untuk memperolehi pendapatan
tersebut dengan adanya sistem spill-over
RebetMinyak.com
Saya tiada Internet di rumah. Bagaimana saya hendak berjaya dengan
program ini?
Anda boleh lakukan secara offline ataupun
manual, iaitu secara menyebarkan risalah ataupun
flyers. Selain itu, anda juga boleh menggunakan
kaedah pos untuk menyebarkan maklumat URL laman
web anda kepada umum. Internet ini hanyalah
salah satu daripada medium hebahan, selain
daripada akhbar, flyers dan iklan poster. Sila
hubungi Admin jika anda perlukan bantuan untuk
membuat promosi.
Bagaimana untuk
mendapatkan jumlah pendaftaran/downline yang banyak?
Mudah sahaja. Iklankan URL link anda ke
serata tempat, dengan pelbagai kaedah. Sebagai
contoh, pernah tak anda mendapat flyers di
tempat-tempat awam seperti stesen
minyak,kedai-kedai atau di shopping kompleks, ataupun email yang mengajak anda
menyertai sesuatu program? Itu merupakan salah satu
contoh yang boleh anda lakukan. Ini kerana,
daripada kajian yang kami jalankan, daripada 100
email yang dihantar, sekurang-kurangnya 10 orang
akan menyertai program ini, iaitu, 10%
penyertaan daripada 100%. Jadi, hantarkan kepada
1000 email, dan 100 penyertaan mungkin milik
anda! Selain itu, anda juga boleh menggunakan
iklan di akhbar, seperti yang selalu anda jumpa
di akhbar tabloid seperti Mingguan Perdana,Metro,Kosmo,Harakah
dll. Sila hubungi
Admin jika anda perlukan bantuan untuk membuat
promosi.
Bagaimana sekiranya saya ingin berjumpa SECARA TERUS untuk urusan
pembelian?
RebetMinyak.com adalah satu perniagaan
melalui Internet, maka apa jua pertanyaan atau
kemusykilan adalah lebih sesuai dikemukakan
melalui email atau sms terus kepada admin, kami
akan bantu menyelesaikan masalah anda berhubung
dengan perniagaan ini.
Hubungi Kami
Admin:
019-3426334 (Klik For Biz Global)
Email:
RebetMinyak@mesramail.com
|